Isnin, 30 Oktober 2017

Set Kari Ayam

Set Kari Ayam
Set menu lunch box kali ini nampak agak biasa, tapi sudah pasti membuka selera sesiapa yang menempahnya, Seperti biasa, gandingan lauk pauk yang disajikan sangat sepadan. Dengan rasa lemak pedas kari ayam dan  kesegaran sayur kangkung goreng belacan berserta ikan masin... sudah pastinya membuatkan setiap suapan menjadi lebih lazat. Buat yang mahukan rasa lebih pedas, sambal belacan power Cik Dian sajikan disetiap menu.