Khamis, 12 Oktober 2017

Nasi Ambeng Johor Style


Menu legend jawa kami bawakan hari ini iaitu Nasi Ambeng. Dengan kombinasi lauk ayam masak palembang, tumis jawa, serunding kelapa, mee goreng dan ikan masin sudah pastinya membuka selera buat penggemar menu cukup rasa ini. Dengan pelbagai lauk pauk yang dibungkus sekali bersama nasi beralaskan daun pisang sudah cukup untuk memuaskan selera semua. Selain untuk hidangan makan tengahari atau petang ianya juga sinonim dengan majlis kenduri bagi orng jawa di johor dan selangor.