Khamis, 5 Oktober 2017

Masak Lemak Ayam Cili Api

Ayam Masak Lemak Cili Api
Menu ayam masak lemak cili api sangat meyelerakan bagi sesiapa yang menggemari hidangan kampung. Dengan pekat lemak kuah santan dan rasa pedas yang seimbang diserap oleh ketulan ayam yang di potong 8 sudah pastinya memberikan nilai rasa yang tinggi. Ditambah pula dengan hidangan sampingan sayur bayam tumis, sambal belacan bagi mereka yang inginkan extra kepedasan dan ikan masin sememangnya cocok untuk mengisi perut lapar anda.