![]() |
| Ikan Keli Goreng Balado |
Menu hari ini agak simple tapi cukup menyelerakan buat penggemar ikan keli. Mungkin ada yang menggelarkan "balado", "berlado" mahu pun "berlada" tapi ianya memberikan maksud yang sama. Ikan keli digoreng garing dan kemudian di salutkan dengan cili goreng (lada). Apabila dipadankan dengan masak lemak kubis dengan tahu dan tempe serta sambal belacan, memang ianya pasti akan mengundang selera sesiapa sahaja.
